Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan
rapat. Beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan boleh dibeli untuk menyimpan
susu anda tetapi selalunya ia mudah bocor, koyak dan berlubang, dan mungkin
tidak bertutup rapat. Walau bagaimanapun, Perunding Laktasi dan Pengerusi
Pesatuan Ibu-ibu Menyusu UK, berkata: "Pilih beg sejuk beku yang tebal atau
bahagian luarnya diperbuat daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara
ialah menggunakan dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah
pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
Anda boleh menyimpan susu:
• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada
77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.
• Dalam peti ais bersuhu 39
darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau
bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh
kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat
am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.
•
Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama
enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan
supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan
jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah
Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu
sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu
semasa anda membuka peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis
panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
•
Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia
didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang
daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak
ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang
boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen)
untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan
masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
• Jika
anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
• Susu
yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut
No comments:
Post a Comment