Meal Shakes
Ia bukan sahaja sesuai untuk anak-anak, malah untuk orang dewasa juga terutama untuk mereka yang sukar telan ubat. Sangat sedap dicampur dengan susu segar mahupun apa-apa minuman lain. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Shaklee Meal Shakes - Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!
Meal Shakes terutamanya amat sesuai bagi anak yang*:
- tiada/ kurang selera makan.- memilih makan - tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
- selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
- mempunyai athma & bronchitis.
- mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
Pendek kata, sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk! Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (Vanilla French), dan rasanya sangat lazat!
Bagaimana Meal Shakes membantu dalam masalah sembelit?
Meal Shakes mengandungi fiber. Jadi ia dapat membantu dalam pelawasan. Walau bagaimanapun, ia perlu disertai dengan pengambilan air masak yang banyak. Jadi, pastikan anak anda ambil air masak yang banyak ya. Kesilapan saya adalah, saya berikan meal shakes tetapi terlupa nak monitor pengambilan air masak. Bila check di taska, dia memang kurang minum air masak. sama ada minum susu atau minuman manis. Jadi, Muadz cuma minum air masak di waktu malam sebab di rumah tiada air manis.
Oleh itu, selain minum air masak di malam hari, saya pastikan dia makan buah selepas sahaja pulang dari Taska. Alhamdulillah, kini Muadz dah tak sembelit lagi. Seisi keluarga pun boleh minum.
Sekiranya sembelit yang sangat teruk dan berterusan pastikan bawa anak berjumpa doktor ya. Walau bagaimanapun, saya tak galakkan anda ambil ubat sembelit yang minum (lactulose) atau ubat masuk ke dubur (enema) ni. Lepas muadz minum ubat memang dia akan membuang tapi mungkin ia menyebabkan perut memulas-mulas. Dalam sehari 2-3 kali muadz membuang lepas minum ubat dan setiap kali pun akan menangis walaupun najis lembut sambil pegang perut. Bila tanya, Muadz sakit perut, sambil nangis dia jawab ‘perutt..’
Ubat enema pula, lama kelamaan akan menyebabkan anak-anak takut nak meneran sebab lepas makan ubat tu najis mudah keluar. Jadi kalau najis keras sikit dah tak mahu teran. Jadi, sebaiknya cubalah cara semula jadi ya.
Selamat mencuba!
Ibu-ibu tentunya susah hati apabila anak tak mahu makan dan asyik sibuk bermain sahaja kan. Hari ini saya nak kogsikan sedikit tips untuk membantu anak-anak suka makan.
- Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
- Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
- Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
- Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
- Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
- Ajak anak bermain sambil makan. (Bila Muadz mula bosan makan, saya akan buat2 nasi tu jadi kapal terbang dan masuk ke dalam mulut dia. Kadang2 dia tak buka mulut, bila 2-3 kali baru buka.)
- Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
- Elakkan minum air sambil minum. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
- Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
- Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
- Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
- Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
- Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tenpat duduknya terlebih dahulu.
- Tanya pendapat anak menu yang diingini.
- Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Anda juga boleh membantu anak anda dengan memberikan meal shake. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin berbentuk minuman jadi anda akan dapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.
_________________________________________________________________________________
Shaklee Meal Shakes
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
No comments:
Post a Comment